Isnin, Julai 18, 2011

Bikin Filim



Badai tengkujuh telah berlalu
Tiba kini musim mewah
Ayuh...
Bikin filem

Carilah topeng pengarah
Sarung ke muka bergelar sutradara
Ayuh... Jack
Bikin filem

Ramai kini tahi bintang
Yang muda-muda dan cun-cun
Ramai kini mak janda seksi
Ditauliahkan sebagai pelakun
Ayuh... Jack
Bikin filem

Jeritlah action!...cut!
Memang mudah

Marilah bikin filem
Kata mereka
Telanjangkan hipokrasi kataku
Mereka mahu bikin filem
Aku mahu filemkan hidup
Jeritlah, jeritlah
action!...
Bikin Filem

Ayuh... Jack
Bikin filem

Mereka cuma bikin filem
Mereka lupa bikin kebenaran
Aku terlupa bikin filem
Aku bikin kenyataan
Cut!... memang mudah.

Pencipta: M. Nasir (lagu), Nasir Jani (lirik)
Album: Saudagar Mimpi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan