Sabtu, Julai 30, 2011

Lagu Pilihan: Ingin Masuk Syurga



Penyanyi: Awie
Album: OST filem Merah

Isnin, Julai 25, 2011

mengisi sebuah kehidupan

"Hidup tanpa cinta, ibarat hidup tanpa cita-cita."

Pandanganku kabur, tapi bukannya penglihatanku. Jangkauan di hadapan langsung ku rasakan kelam. Tak terfikirkan lagi di benakku tentang cita-cita atau masa depan. Minda sedarku sangat-sangat sedar yang aku tidak pernah langsung memutuskan untuk berputus harap pada kehidupan ini. Namun, apa yang dapat aku nyatakan bahwa di dalam diri ini sudah tak ada keinginan, kemahuan, sasaran atau cita-cita yang jelas untuk aku kejar atau laksanakan lagi. Hidupku cuma mengisi seadanya ruang masa yang masih diberi oleh-Nya hingga kini, alhamdulillah namun aku buntu mencari pengisian yang paling bermakna untuk diri ini. Kenapa sampai begini jadinya? Kosong yang teramat. Hanyutkah aku? Ya..kau sememangnya telah lama dihanyutkan oleh dirimu sendiri. Sesat. Menuju kehancuran. Kau harus menang dalam peperangan ini.

:(



Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir
Hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani.

:)

Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam, kasihanilah hambaMu yang hina ini, berilah daku kesempatan untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa, yang Kau kasihi dan Kau redhai, amin.

(Demi ayohmi & Raisha)

Selasa, Julai 19, 2011

Wallpaper..Cool

jimanjoekid@gmail.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, Julai 18, 2011

Bikin Filim



Badai tengkujuh telah berlalu
Tiba kini musim mewah
Ayuh...
Bikin filem

Carilah topeng pengarah
Sarung ke muka bergelar sutradara
Ayuh... Jack
Bikin filem

Ramai kini tahi bintang
Yang muda-muda dan cun-cun
Ramai kini mak janda seksi
Ditauliahkan sebagai pelakun
Ayuh... Jack
Bikin filem

Jeritlah action!...cut!
Memang mudah

Marilah bikin filem
Kata mereka
Telanjangkan hipokrasi kataku
Mereka mahu bikin filem
Aku mahu filemkan hidup
Jeritlah, jeritlah
action!...
Bikin Filem

Ayuh... Jack
Bikin filem

Mereka cuma bikin filem
Mereka lupa bikin kebenaran
Aku terlupa bikin filem
Aku bikin kenyataan
Cut!... memang mudah.

Pencipta: M. Nasir (lagu), Nasir Jani (lirik)
Album: Saudagar Mimpi

Ahad, Julai 17, 2011

Lagu Pilihan: "Bukalah Hatimu"



Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)